Followers

Selamat Datang

Teluk Intan, Perak, Malaysia

E-mail cikgu pencen

gurupencen@gmail.com

Sunday, July 28, 2013

Bunuh hampir setiap hari

Subky Latif, 27 Jul 2013
Dalam akhbar hampir setiap hari ada kejadian mati yang dipercayai dibunuh. Ia selain dari  mati kemalangan jalan raya, lemas di laut/sungai dan mati biasa kerana sakit dan tiba  ajal.

Ada berita mati kena tembak, ditetak dan lain-lain kejadian bunuh yang terjadi setiap hari. Dan banyak juga kejadian mayat ditemui di belukar, di parit dan sungai yang sudah reput atau sesudah beberapa hari mati.

Sebelum ini ragut diberitakan setiap hari. Ada juga mati gara-gara ragut itu. Sekarang seolah-olah berita mati dibunuh menggantikan berita ragut.

Mati dibunuh itu adalah puncak daripada pelbagai jenayah seperti pecah rumah, rompak, curi motokar/motosikal, tipu bank, rogol, culik dan macam-macam lagi.

Walaupun berjalan malam bersendirian atau berdua, biasanya selamat, tetapi ia tidaklah dikira selesa.

Agaknya ini yang menyebabkan Perdana Menter Najib hampir sebulan lalu menyebut, menghadapi jenayah adalah satu penjuangan. Tiada perkembangan lagi tentang perjuangan itu.

Menghadapi jenayah itu  amat penting, Jangan negara kita sampai kepada peringkat berapa jenayah sehari dan berapa jenayah  sejam. Tidak dihitung berapa bunuh dan rompak sebulan atau seminggu. Janganlah jenayah itu hendak ditangani itu tak termasuk rasuah baik pada skala kecil dan besar yang jadi budaya dalam kerajaan.

Jenayah yang menjadi-jadi itu bukan sekadar oleh penjenayah biasa, malah ada jenayah membabitkan nama personaliti besar seperti Ketua Polis Negara memukul Anwar Ibrahim yang matanya ditutup dan tangan  terikat, ada yang dikaitkan dengan meletupkan mayat orang asing iaitu Altantuya serta penipuan menteri dalam pembelian kapal selam untuk pertahanan negara.

Sebelum Abdllah Badawi jadi Perdana Menteri beliau mengadakan seminar pegawai-pegawai di Sarawak yang dihadiri sama bekas TPM Tun Musa Hitam yang temanya bagi memerangi rasuah sebagai satu perjuangan. Bukan saja perjuangan itu tidak mengurangkan rasuah besar dalam kerajaan Sarawak, bahkan rasuah pembelian persenjataan pertahanan oleh operator utama kementerian berlaku semasa pentadbirannya.

Sekarang PM Najib timbul dengan menghadapi jenayah sebagai satu perjuangan. Menjadikannya perjuangan adalah betul, moga-moga ia tidak mengulangi perjuangan memerangi jenayah oleh pentadbiran sebelumnya.

Kita tidak  tahu apa langkah-langkah hendak diambil dalam kempen itu? Kita tidak tahu. Yang kita tahu ialah jenayah sudah sampai kepada hitungan hari  dan jam, bukan lagi bulan dan minggu.

Tidakkah jenayah yang naik mendadak itu berkembang selepas timbulnya isu pelaksanaan hudud? Hudud itu dijanjikan Allah sebagai pembenteras jenayah yang hakiki. Tetapi hudud bukan saja ditolak oleh semua Perdana Menteri sejak Dr Mahathir, malah telah menjadi bahan  gurauan setengah pembesar Islam.

Tiada undang-undang yang berkesan membendung jenayah selain daripada hudud, dan lain undang-undang ciptaan manusia boleh menyelesaikan jenayah. Maka menolak penyelesaian melalui hudud adalah untuk mencabar mencabar kesahihan ketentuan Allah itu. Kerajaan tolak hudud, kesannya jenayah meningkat mendadak.

Tiada siapa dapat memberi nasihat kepada PM Najib betapa pejuangan menghadapi jenayah tak sampai ke mana kalau tidak guna hudud. Inilah gunanya beberapa ulama muda yang masuk Umno dapat memberitahu Najib, jenayah tidak dapat bendung tanpa hudud.

Sebelum  Karpal Singh percaya, Najib dan Dr Mahathir kena percaya dulu.