Followers

Selamat Datang

Teluk Intan, Perak, Malaysia

E-mail cikgu pencen

gurupencen@gmail.com

Friday, May 3, 2013

Tanda2 awal Kerajaan BN Tumbang semakin jelas dan nyata.



 Slogan "Ini kalilah" dan "Ubah" dilihat berjaya mencetuskan tsunami politik kali kedua terhadap BN.

Jika tsunami terbesar pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu dikatakan bermula empat hari sebelum pilihan raya tersebut, tsunami kali ini dilihat bermula sejak Jumaat lalu, iaitu 26 April.

Ketika tersebar berita dari sumber dalaman Umno yang menyatakan jentera Umno Selangor "hampir lumpuh" dan Wanita Umno pula "tidak bersemangat", tinjauan ke beberapa tempat di seluruh negara menyaksikan arus perubahan semakin dekat di hati rakyat dan kecenderungan untuk memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) nyata semakin ketara.

Bagi AJK PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli, apa yang berlaku itu adalah hasil dari arus bawah dari Selatan. "Undercurrent from the South," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu.

Beliau merujuk kepada kebangkitan luar biasa rakyat Johor menentang BN. Dr Mohd Hatta yang mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Krai mengakui "undercurrent" dari Selatan itu bukan sahaja memberi kesan dan manfaat yang besar kepada Kuala Krai, malah seluruh Kelantan.

Di Johor, sambutan puluhan ribu kepada ceramah-ceramah­ Pakatan semakin menjadi fenomena terutama menjelang PRU13. Sedangkan dahulu, seperti yang dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, lebih banyak pokok yang "mendengar" ceramah pembangkang berbanding orang.

Kehadiran Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang bertanding di kawasan Parlimen Pulai dan kawasan Dun Nusajaya dilihat memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat Melayu di negeri itu untuk memberi kepercayaan kepada Pakatan.

Di kalangan masyarakat Cina pula, kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah membentuk gelombang tsunami yang jauh lebih "gigantic" di kalangan masyarakat Cina.

Melihat kehadiran beliau akan mengakibatkan kecederaan yang parah teramat parah kepada penguasaan Umno-BN di negeri yang mereka megahkan sebagai kubu mereka itu, Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman dipertaruhkan menentang Kit Siang di kerus. Pada Umno, MCA tidak boleh diharap lagi dan hanya menjadi bebanan.

Dalam tidak tentu arah dan latah yang berpanjangan kerana terpaksa bertarung dengan Kit Siang, Abdul Ghani terus berpaut kepada sentimen perkauman yang "crude" atau kasar untuk menahan arus kebangkitan rakyat itu sehingga dilaporkan bahawa "habis hilang sifat gentleman" beliau.

Jika tsunami di Johor itu hanya terbatas kepada kaum Cina sahaja, tentulah BN tidak gabra dan menggelabah. The Malaysian Insider melaporkan, pengundi Melayu Johor bersedia mengundi calon bukan Melayu.

Salahuddin pula memberitahu, banyak kawasan penempatan Melayu yang sebelum ini tidak dapat ditembusi kini tidak lagi menjadi "kawasan terlarang" kepada pemimpin dan petugas Pakatan. Malah, ceramah-ceramah­ berjaya diadakan di kawasan tersebut, sebahagian besarnya menerima sambutan ribuan hadirin.

"Kalau ada banyak yang datang dengan kereta, van dan sebagainya, kita boleh kata itu orang luar. Tetapi kalau banyak yang datang menaiki motosikal dan basikal, itu tandanya sambutan yang kita terima adalah dari penduduk tempatan," kata Salahuddin yang tidak dapat berbual panjang kerana tergesa-gesa untuk
menyambut kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang turun ke Johor untuk menambahkan bisa kempen Pakatan di negeri itu.

Di Shah Alam, peluang calon PAS, Khalid Abdul Samad untuk mempertahan kerusi Parlimen Shah Alam dilihat semakin cerah apabila calon BN, Dato' Zulkifli Nordin menghadapi jalan berliku-liku. Sebaik sahaja diketahui beliau akan bertanding pada malam sebelum Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan calon-calon BN Selangor pada 16 April lalu, tiga bilik gerakan yang dikendalikan oleh petugas-petugas­ Umno di situ telah ditutup.

Apabila Zulkifli mencuba nasib melawat masjid-masjid dan surau-surau di dalam kawasan Parlimen berkenaan, sambutan yang diterima Naib Presiden Perkasa itu amat dingin. Umpamanya, ketika melawat sebuah surau di Seksyen 7, hanya seorang sahaja ahli jemaaah surau itu yang bersalaman dengannya, iatu seorang yang bergelar datuk.

Lebih malang lagi, pencalonan beliau menjadi bahan ketawa dan bahan gurauan di kalangan sebahagian besar penduduk Shah Alam termasuk di pejabat-pejabat di situ. Di kalangan pengundi India pula, mereka bukan sahaja amat marah dengan penghinaan Zulkifli terhadap kepercayaan mereka malah perbuatan pemimpin Umno termasuk dari Shah Alam yang memijak kepala lembu dalam satu tunjuk perasaan di hadapan Masjid Negeri juga amat menyakitkan hati mereka. Malah, Naib Presiden MIC yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Dato' M Saravanan secara terbuka menggesa pengundi India supaya jangan mengundi Zulkifli.

Sebelum itu, Penasihat Strategik MIC, S Vell Paari dilaporkan menghantar mesej kepada Presiden MIC yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' G palanivel supaya menyampaikan kebimbangan kepada Najib tentang kebimbangan BN akan kehilangan 50 hingga 70 peratus masyarakat India berikutan pencalonan Zulkifli. Najib ternyata tidak mempedulikan pandangan Vell Paari yang juga anak kepada bekas Presiden MIC, Tan Sri S Samy Vellu.

Begitu juga di Sepang, di mana kira-kira 18 peratus pengundinya adalah dari kaum India. Sentimen kemarahan akibat tindakan mencalonkan Zulkifli di Shah Alam dilihat merebak ke Sepang.

Ketika PAS mempertaruhkan antara calon utamanya, iaitu AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, calon BN di situ iaitu Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Dato' Mohd Zin Mohamed menghadapi pemberontakan dalaman.

Dua tokoh Umno Bahagian Sepang, iaitu Ahli Jawatankuasanya­, Hanapiah Mohamad dan bekas Adun Dengkil, Dato' Suhaimi Mohd Ghazali mengambil keputusan bertanding sebagai calon bebas dengan matlamat "hendak jatuhkan Zin".

Pada masa sama, bertebaran SMS kepada pengundi Sepang khususnya ahli-ahli Umno. Mengambil kira sebahagian besar yang menerima SMS itu adalah ahli-ahli dan penyokong-penyo­kong, dipercayai SMS itu disebarkan orang Umno sendiri.

Memburukkan keadaan, tersebar pula berita cawangan-cawang­an Umno akan dibubarkan, bukan sahaja di Sepang tetapi di seluruh Selangor. Tidak kira sama ada perkara itu berlaku atau tidak, ia dilihat menjejaskan nama dan peluang Mohd Zin kerana rancangan pembubaran cawangan-cawang­an Umno itu dikaitkan dengan kemarahan terhadapnya.

Di Kedah, perpecahan sesama Umno meletakkan tokoh-tokoh seperti Mohamad Sabu yang bertanding di Pendang dan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar yang bertanding di Pokok Sena dijangka dapat mengetepikan calon BN.

Walaupun BN meletakkan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Sahlan Ismail dalam percubaan merampas kerusi Pokok Sena yang sebelum ini disandang Mahfuz, tetapi perpecahan dalam Umno seluruh Kedah antara puak yang menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan puak yang menentangnya memberikan kelebihan kepada Pakatan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah sering dilaporkan sebagai pemimpin puak yang tidak senang dengan "campur tangan" Dr Mahathir di Kedah.

Ahmad Bashah adalah orang yang dilaporkan paling tidak senang dengan "campur tangan" Dr Mahathir kerana terlalu mengidam hendak meletakkan anaknya, Dato' Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah jika BN menang di negeri itu.

Selain perpecahan parah sesama Umno, antara berita baik kepada Pakatan di Kedah ialah kehadiran lebih ramai kaum wanita ke majlis-majlis yang diadakan oleh pakatan itu. "Wanita-wanita ramai yang datang ke program-program­ kita," kata Mohd Nasir Mustafa yang mempertahankan Dun Kubang Rotan.

Menambahkan parah ialah apabila masyarakat Siam di Kedah yang tidak bersama dalam ombak tsunami 2008 dan dianggap "fix deposit" BN di Kedah kali ini berubah
apabila sokongan kaum minoriti itu semakin kuat kepaqda Pakatan terutamanya di Pendang, kawasan penempatan terbesar komuniti itu di negeri Jelapang Padi tersebut.

Di kawasan Parlimen Raub, peluang calon DAP di situ, Dato' Arif Sabri Abdul Aziz dilihat semakin menjanjikan apabila diambil kira sambutan pengundi Melayu di situ kepada bekas Adun Pulau Manis, dalam kawasan Pekan itu.

Penyokong tradisi Umno di situ dilaporkan lebih cenderung kepada Arif Sabri yang pernah menjadi Ketua Penerangan Umno Pekan berbanding calon BN, Dato' Hoh Khai Mun.

Di belakang tabir, tersebar cakap-cakap bahawa Umno Raub berharap calon MCA itu kalah bagi memolehkan mereka mengambil alih kerusi Parlimen Raub seperti yang dilakukan parti itu di Gelang Patah, Wangsa Maju dan Kuantan.


Di kalangan masyarakat Cina yang membentuk 43.51 peratus pengundi di situ, peluang calon BN awal-awal lagi dilihat gelap berikutan penentangan mereka terhadap operasi sebuah kilang memproses emas di Bukit Koman, dekat Raub yang mereka bimbangi akan mengakibatkan terjejasnya kesihatan penduduk kerana keracunan sainida.

Kumpulan pejuang alam sekitar di Raub, Pahang Raub Anti-Cyanide Gold Mining Committee (BCAC) telah pun membuat kenyataan terbuka meminta penduduk Raub supaya jangan mengundi calon BN.
“Kami menggesa pengundi Raub untuk menolak calon ini yang tidak jujur dan telah berkali-kali berbohong kepada masyarakat Raub.

“Khai Mun sebelum ini menuduh penduduk Bukit Koman mengidap penyakit kulit kerana menggunakan “sabun yang salah” dan bukan akibat keracunan sainida. Beliau mengelirukan rakyat untuk melindungi kerjasama antara pegawai-pegawai­ kerajaan dengan ahli perniagaan yang tidak beretika,” kata BCAC dalam satu kenyataan medianya.

Di kalangan pengundi undi India pula, sentimen dan kemarahan yang menjalar ke seluruh negara akibat tindakan BN mencalonkan Zulkifli Nordin di Shah Alam dijangka memberi kesan yang besar kepada BN.