Followers

Selamat Datang

My Photo
Teluk Intan, Perak, Malaysia

E-mail cikgu pencen

gurupencen@gmail.com

Tuesday, March 5, 2013

Tindakan Pemuda UMNO yang memalukan................

Dalam sejarah pilihan raya kawasan Parlimen Teluk Intan belum pernah berkuasa di tangan UMNO. Ianya hanya bersileh ganti antara MCA, Gerakan dan DAP sahaja. Parlimen Teluk Intan mempunyai dua kawasan DUN iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong.

Pasir Bedamar sudah menjadi kawasan tradisi bagi DAP. DUN Changkat Jong pula telah jatuh ke tangan PAS pada PRU12 yang lepas.

Dalam sejarah Teluk Intan tidak pernah berlaku sebarang perkara yang buruk sebegini rupa. Sebenarnya apakah tujuan pemuda UMNO membuat kacau dengan tidak se mene2 ini. Adakah ianya dibuat untuk meraih simpati dari pengundi? Kalau lah itu niatnya, maka jawapan nya - 'jauh panggang dari api'.

Sebalik nya perbuatan pemuda UMNO ini telah menambah kan kebencian penduduk Teluk Intan terutama nya kaum cina yang mewakili sebanyak 43.82%  terhadap UMNO. Sudah pasti kaum cina akan terus menyokong DAP 100%. DAP cume memerlukan lebih kurang 10% sahaja undi dari kaum melayu dan India PAS dan PKR untuk meraih kemenangan.

Tentang Pasir Bedamar tak perlu di ulas panjang. pendek kata letak kan topi Lim Kit Siang pun DAP boleh menang dengan mudah.

Tidak kurang juga tentang kekuatan Pakatan Rakyat di DUN Changkat Jong. Tidak siapa boleh nafikan tentang kekuatan PAS di DUN Changkat Jong, kekuatan PAS ini telah mendapat sokongan padu dari kaum cina dan india dari DAP dan PKR. Kekuatan kerjasama antara PAS, PKR dan DAP ini lah yang telah berjaya merampas DUN Changkat Jong dari tangan UMNO.

Perak P76, N55, N56

P76 TELOK INTAN
Jumlah Pengundi: 52,354
Peratusan Kaum: M: 36.16% C: 43.82% I: 19.96% L: 0.06% 
1. M. Manogaran (DAP) (18,486) 
2. Datuk Mah Siew Keong (BN) (17,016) 
Majoriti: 1,470
Jumlah undi: 36,655
Peratus mengundi: 70.01%
Undi rosak: 1,153
Penyandang: Datuk Mah Siew Keong (BN)
(Majoriti: 10,041 undi) 

N55 PASIR BEDAMAR
Jumlah Pengundi: 28,745
Peratusan Kaum: M: 16.33% C: 69.45% I: 14.13L: 0.09% 
1. Seah Leong Peng (DAP) (13,655) 
2. Lee Heng (BN) (5,741) 
Majoriti: 7,914
Jumlah undi: 19,734
Peratus mengundi: 68.65%
Undi rosak: 338
Penyandang: Seah Leong Peng (DAP)
(Majoriti: 3,391 undi) 

N56 CHANGKAT JONG
Jumlah Pengundi: 23,609
Peratusan Kaum: M: 60.29% C: 12.61% I: 27.07L: 0.03% 
1. Mohd. Anuar Sudin (Pas) (8,705) 
2. Datuk Idris Hashim (BN) (7,806) 
Majoriti: 899
Jumlah undi: 16,921
Peratus mengundi: 71.67%
Undi rosak: 410
Penyandang: Datuk Ir. Onn Hamzah (BN)
(Majoriti: 3,611 undi)


Pemuda UMNO Ganggu Program Pakatan Di Teluk Intan

Sekumpulan Pemuda UMNO malam semalam telah melakukan perlakuan biadab dan provokasi melampau dengan menggangu kacau ceramah DAP di Teluk Intan, Perak sambil mengibar bedera dacing berteriak terjerit terlolong "TELUK INTAN MELAYU PUNYA..... UMNO PUNYA".

Mereka tunjuk samseng dan biadap yang tidak bertamadun langsung. Enggan beredar walaupun dirah pihak polis.

Keadaan terkawal... Nampak gayanya lagak samseng Pemuda UMNO ganggu kacau ceramah Pakatan Rakyat semakin hari semakin melampau.

Kini permainan politik perkauaman sempit UMNO sudah sampai ketahap amat merbahaya dan kritikal sekali. -omakkau