Followers

Selamat Datang

My Photo
Teluk Intan, Perak, Malaysia

E-mail cikgu pencen

gurupencen@gmail.com

Wednesday, February 27, 2013

Image UMNO@BN gagal di pulih kan selepas kecederaan pada PRU12 ........


Mampukan BR1M memulihkan UMNO@BN?

PRU 12 telah memperlihatkan kedudukan UMNO@BN berada di tahap yang paling rendah dalam sejarah Tanah Melayu. Di kala itu kerajaan BN pimpinan UMNO sudah pun tumbang di Semenanjung Malaysia. Kerajaan BN terselamat kerana masih mendapat sokongan dari rakyat Sabah dan Sarawak.

'Kejahilan' rakyat Sabah dan Sarawak telah menyalamat kan kerajaan BN pimpinan UMNO. Tetapi hari ini dengan tidak se mena2 rakyat di Sabah dan Sarawak sudah tidak 'jahil' lagi. PRU 13 ini pasti rakyat di Sabah dan Sarawak akan memperlihatkan kebijaksanaan nya.

BN@UMNO jangan haraf peristiwa 'diselamatkan' oleh Sabah dan Sarawak akan berulang lagi pada PRU 13 nanti. Rakyat di Sabah dan Sarawak sedar tidak banyak 'ganjaran' yang diterima bagi membalas jasa2 yang telah menyelamatkan kerajaan UMNO@BN pada PRU 12 yang lepas.

Adakah setimpal dengan hanya menyumbangkan BR1M kepada rakyat Sabah dan Saeawak yang telah berjasa besar menyelamatkan kerajaan UMNO@BN?

Berbalik pula pada keadaan UMNO@BN di Semenanjung Malaysia, keadaan di sini masih tidak berubah, bahkan kita boleh katakan semakin bertambah parah. Faktor sebenar kekalah UMNO@BN di Semenanjung ialah di sebabkan penghijrah kaum cina dari MCA dan Gerakan kedalam kem DAP. Kedua, kaum cina juga memberi sokongan penuh kepada PAS dan PKR.

Malang nya pemimpin2 UMNO@BN masih gagal dalam misi nya untuk memulihkan kembali sokongan kaun cina kepada UMNO@BN. Salah satu kegagalan itu ialah di sebabkan ganguan2 dari NGO2 yang pro UMNO seperti PERKASA. Kenyatan2 dari NGO2 ini lah yang selalu membangkitkan kemarahan kaum cina terhadap UMNO@BN.

Penglibatan mantan PM Tun Mahathir secara terus terang terhadap pentadbiran juga telah menyumbang kebencian rakyat terhadap UMNO@BN. Selagi dibiarkan orang tua ini menyebok dalam UMNO@BN selagi itu lah keadaan UMNO@BN tidak akan pulih.