Followers

Selamat Datang

My Photo
Teluk Intan, Perak, Malaysia

E-mail cikgu pencen

gurupencen@gmail.com

Sunday, January 27, 2013

Pemimpin2 UMNO di berikan gambaran salah oleh pencacai2 nya ......

Sunday, January 27, 2013
Kesedaran baharu rakyat Selangor untuk kembali sokong BN


SABAK BERNAM 26 Jan. - Kesedaran baharu telah wujud dalam kalangan rakyat negeri ini untuk memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) setelah melihat banyak masalah berlaku di bawah pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan laporan yang diterima daripada setiap peringkat dan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin tempatan, pihaknya mendapati sokongan rakyat kepada BN semakin baik''Ini adalah lawatan kerja yang biasa saya buat dan saya akan teruskan untuk meninjau keadaan yang ada di Selangor dan berjumpa dengan ramai rakyat dan warga Selangor.''Pada keseluruhannya, daripada laporan yang saya terima, nampaknya sokongan rakyat kepada BN adalah baik, kita sudah tahu laporan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen," katanya..............















Pemimpin2 UMNO pasti akan 'terkejut beruk' sekali lagi pada PRU-13 akan datang ini. Setiap kali membuat lawatan kerja, mereka se olah2 telah mendapat sambutan yang besar. Ber duyun2 rakyat turun menyambut pemimpin2 mereka. Maka dengan bangga pemimpin2 UMNO ini berkata bahawa rakyat sudah sedar dan kembali menyokong UMNO.

Pemimpin2 UMNO ini sedar bahawa jumlah keramaian rakyat yang datang menyambut mereka itu telah di taja dan di kelolakan oleh pencacai2 UMNO yang kaki bodek dan kaki ampu. Mereka sanggup berkerja keras dan mengeluarkan belanja yang besar seperti sewaan bas untuk mengangkut penyokong2 dari serata kawasan luar. 

Penyokong2 ini diberi elaun duit poket, topi dan T shirt. Mereka juga di sambut dengan jamuan makan dan minum se kenyang2 nya. Tidak cukup dengan itu, semua kakitangan kerajaan dan badan2 berkanun di kerah supaya hadir untuk meramaikan sambutan menteri2 UMNO.

Ianya sangat berlainan dengan cara sambutan kepada pemimpin2 Pakatan Rakyat. Penyokong2 yang datang itu adalah penyokong2 yang tulin. Mereka sanggup berbelanja wang sendiri, mereka juga tidak pernah mengharaf kan topi atau T shirt dan jauh sekali untuk jamuan makan dan minum.