Followers

Selamat Datang

My Photo
Teluk Intan, Perak, Malaysia

E-mail cikgu pencen

gurupencen@gmail.com

Tuesday, December 4, 2012

Harapan semakin gelap ....................


UMNO HARAM JADAH, tamat lah riwayat kaum pada PRU13 ini.


Ramai nya melayu miskin!!!

UMNO hari ini tak ubah seperti beruk tunggal. MCA, MIC dan Gerakan sudah mati selepas PRU12. Kaum bukan melayu sudah tinggalkan BN menjelang PRU12 yang lalu. Boleh di katakan hampir semua calun2 MCA, MIC dan Gerakan tewas pada PRU12. Kalau ada pun yang terselamat ianya berada di kawasan melayu bodoh sahaja.

Kegagalan UMNO paling besar dan nyata ialah mengembalikan kepercayaan kaum bukan melayu terhadap BN@UMNO. Kegagalan ini pasti akan membawa padah buruk kepada UMNO pada PRU 13 akan datang ini. Memang jelas dan nyata bahawa kaum bukan melayu membenci BN terutama nya UMNO.

Terlalu banyak sebab nya mengapa kaum bukan melayu membenci UMNO, pertama ialah sikap rasis dan perkauman yang semakin menebal dalam UMNO. Walaupun sejak kebelakangan ini UMNO sudah tidak lagi menjulang keris nya pada setiap PAU seperti di masa2 lampau, kaum bukan melayu tetap akan menolak UMNO.

Pemimpin2 atasan UMNO kata, UMNO sudah berubah - ini memang benar, UMNO berubah semakin teruk dan parah. Hanya manusia yang paling dungu sahaja yang boleh percaya UMNO boleh berubah dengan sekelip mata. Jelas dan nyata pemimpin2 UMNO telah berbohong semasa berucap pada PAU yang lalu.

Hari ini UMNO boleh di ibaratkan 'lebai malang' yang jatuh di timpa tangga dan muka pula terjerumus ke tahi ayam. Kini BN/UMNO Sabah dan Sarawak sudah mula bergoyang dan bergegar. Sabah dan Sarawak bukan lagi boleh di anggap sebagai 'Fix-deposit' bagi UMNO.

UMNO semakin ber tambah2 parah apabila gagal menyatukan kaum melayu seperti mana DAP yang telah berjaya menyatukan kaum cina. Perpecahan kaum melayu semakin parah dari semenjak Tun Dr Mahathir menjadi PM. Bermula dari sini lah PAS semakin bertambah kuat. Setiap kali PRU atau PRK di adakan PAS tidak pernah lagi kehilangan wang pertaruhan nya.

Kini tiada siapa boleh menafikan kekuatan PAS setelah ianya mendapat sokongan dari DAP. Walau apa pun niat DAP menyokong PAS, itu tidak pentang dalam memperjuangkan parti. Yang penting ialah mendapat sokongan.

PRU 13 ini telah di akui sendiri oleh pemimpin2 UMNO sebagai PRU yang paling mencabar dalam sejarah Tanah Melayu. Pemimpin2 UMNO juga mengakui bahawa UMNO sedang berada seperti 'telur di hujung tanduk' lembu UMNO!



Ramai nya cina menetang BN/UMNO




dan ramai nya Islam yang menentang BN/UMNO!!!