Followers

Selamat Datang

My Photo
Teluk Intan, Perak, Malaysia

E-mail cikgu pencen

gurupencen@gmail.com

Wednesday, January 14, 2015

Sarawak batal ceramah Islam susulan bantahan komuniti kristian

OLEH DESMOND DAVIDSON

Anjuran satu program ceramah agama Islam dibatalkan kerana dianggap provokasi terhadap Kristian, kata menteri berkaitan hal ehwal Islam di Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Januari, 2015.Pejabat Ketua Menteri Sarawak membatalkan satu program ceramah agama Islam hari ini kerana dianggap sebagai provokasi terhadap agama Kristian.

Menteri berkaitan hal ehwal Islam negeri itu, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, pihaknya "menasihati" penganjur ceramah itu, Pusat Informasi Islam (IIC) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk membatalkan ceramah berkenaan susulan bantahan ditimbulkan Persatuan Gereja Sarawak (ACS), beberapa individu serta ahli politik.

Ceramah yang dijadualkan berlangsung esok dan Khamis dilihat "tidak membantu meredakan ketegangan antara umat Islam dan Kristian" di negara ini.

"Kami meneliti bantahan itu dan mendapati ada alasan kukuh," kata Daud.

“Kami tidak mahu mewujudkan suasana kekacauan antara kepelbagaian agama terutamanya Kristian dan Islam.

"Ia memang tidak perlu," kata Daud, yang juga menteri di Pejabat Ketua Menteri ketika ditemui pemberita di Kuching hari ini.

Ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul itu bakal menampilkan sarjana Islam Iraq, Shaykh Afeefuddin Al-Jalani dengan tajuk "Nabi Muhammad di dalam Bible".

Ceramah berkenaan dijadualkan berlangsung di IIC esok dan Unimas, pada Khamis.

Anglican Diocese of Kuching, Pembantu Biskop Aeries Sumping Jingan, berkata kepada The Malaysian Insider semalam, beliau bercakap dengan ketua pegawai eksekutif IIC dan pihak berkuasa agama menyatakan bantahan mereka.

Sumping, yang mewakili pengerusi ACS Datuk Bolly Lapok, berkata, pendiriannya jelas, iaitu menuntut CEO IIC dan pihak berkuasa negeri membatalkan ceramah berkenaan. – 13 Januari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sarawak-batal-ceramah-islam-susulan-bantahan-komuniti-kristian#sthash.UjhQiIAB.dpuf

Tuesday, January 13, 2015

Najib mungkin menggelupur dengar berita ini.........?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas pegawai khasnya DSP Musa Safri adalah saksi yang berpotensi untuk dipanggil memberi keterangan dalam tuntutan sivil difailkan Setev, bapa kepada model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam Ramkarpal Singh, yang mewakili Setev, berkata tuntutan undang-undang yang tertangguh sekian lama kini boleh diteruskan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mendapati dua anggota polis berkenaan bersalah atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2006.

“Najib dan Musa Safri akan disapina untuk memberi keterangan dalam kes ini. Tetapi tidak tahu sama ada mereka akan cuba membuat permohonan untuk dikecualikan daripada datang ke mahkamah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ramkarpal berkata dia akan menulis surat kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menetapkan pengurusan kes bagi membolehkan perbicaraan diadakan secepat mungkin.

“Tuntutan itu ditangguhkan kerana Mahkamah Tinggi mahu perbicaraan jenayah diselesaikan dulu,” katanya.

Beliau berkata sabitan bersalah terhadap Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar memberi kelebihan kepada Setev.

“Pendakwaan membuktikan kes mereka melangkaui keraguan munasabah iaitu beban lebih tinggi untuk memastikan sabitan. Dalam tuntutan sivil kami, ia atas keseimbangan kebarangkalian lebih rendah,” katanya.

Setev memfailkan tuntutan saman RM100 juta terhadap Abdul Razak Baginda, Azilah, Sirul dan kerajaan Malaysia pada Jun, 2007.

Razak, yang mempunyai kaitan rapat dengan Najib, pada awalnya didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Setev memfailkan saman itu bagi pihak isterinya Altantsetseg Sanjaa dan 2 cucu lelakinya Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, yang masih di bawah umur.

Pasangan itu adalah penjaga bagi anak Altantuya. Anak yang bongsu menghidapi penyakit yang memerlukan rawatan yang mahal.

Keluarga itu memohon ganti rugi atas “kesengsaraan, kesedihan, dan keseksaan fizikal dan mental”.

Panel 5 hakim di Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakarian menjatuhkan hukuman mati terhadap 2 anggota polis itu selepas membenarkan permohonan rayuan kerajaan daam kes pembunuhan itu.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, yang membacakan keputusan itu berkata pihak pendakwaan membuktikan wujud keraguan munasabah dalam kes itu.

“Keputusan Mahkamah Rayuan diketepikan. Perintah sabitan dan hukuman mati mandatori terhadap 2 anggota polis itu oleh Mahkamah Tinggi dikembalikan,” katanya.

Pada 23 Ogos, 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang dikemukakan Azilah dan Sirul dan membebaskan kedua-duanya.

Empat tahun sebelumnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaki Mohd Yassin dalam keputusannya mendapati kedua-duanya bersalah dan menjatuhkan hukuman mati.

Keterangan dalam mahkamah mendedahkan penterjemah warga Mongolia itu sama ada dibunuh oleh letupan C4 atau dibunuh dulu dan mayatnya kemudian dihancurkan pada 18 Oktober, 2006, di Shah Alam, Selangor.

Baca seterusnya di sini.

Monday, January 12, 2015

Identiti gadis bertudung yang dipeluk diraba artis K-Pop

Di dalam beberapa isu panas yang sengaja menganggugugat kesabaran umat Islam di negara ini, isu K-pop ini juga telah memalukan kita.
Ramai yang ingin tahu identiti gadis-gadis bertudung yang berkelakuan kurang sesuai di depan orang ramai oleh artis Kpop tersebut. Tetapi MiM harap agar isu yang memalukan ini tidak berlaku lagi dan menjadi pengajaran kepada generasi muda Melayu supaya memelihara diri sendiri.

Walau pun anda fanatik dan tergila-gilakan artis tempatan atau pun luar negeri, janganlah gadaikan maruah dan agama anda. Itu sahaja harapan MiM.

Anda baca laporan di bawah:
Pihak media, ulama, tokoh dan pihak berkuasa agama wajar beri liputan dengan mengutuk program K-POP dan penyebaran beberapa gambar serta video memaparkan beberapa orang gadis Melayu bertudung dicium serta dipeluk artis Kpop.

Tokoh Agama, Dr Zaharuddin Abd Rahman, berkata ia perlu dilakukan seperti kecaman program menyentuh anjing kerana dosa pelukan seperti dalam video itu dan pengaruhnya jauh lebih besar kepada masyarakat.

Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam.

“Astaghfirullahal ‘Azim, program K POP ini baru benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk dari liberal. Jauh lebih teruk dari memeluk anjing.

“Bapa dan suami menjadi dayus dengan membiarkan anak gadis atau isterinya diperlakukan sedemikian, Gadis menjadi hilang bermaruah malah bergembira secara terbuka melakukan dosa. Biarkan diri dicabul atas nama suka dan disorak pula,” tulis Dr Zaharuddin di laman Facebooknya.

Dr Zaharuddin berkata, tudung yang sepatutnya menutup aurat tubuh daripada dilihat, nampaknya hanya sekadar hiasan dan fesyen hingga membiarkan diri disentuh dan dipeluk cium.

Katanya, video itu telah tersebar dan si pelakunya juga tahu program ini tersiar langsung di media maka siarannya di sini tiada membuka aib sedang pelakunya.

“Taubat wajib bagi mereka yang terlibat namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud youtube.

“Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami dan mengenal dosa dan pahala serta mampu menjauhi kemurkaanMu.

“Tidak perlu maki hamun di ruangan komen kerana tiada banyak nilainya, berfikir dan bertindaklah menasihati gadis-gadis peminat kpop di sekeliling kalian,” katanya - sumber
MiM difahamkan bahawa ada pihak yang beria-ia mahu menyiasat dan mendedahkan identiti gadis-gadis bertudung tersebut. Tidak perlulah berbuat demikian. Yang perlu kita lakukan ialah untuk menasihatkan mereka dan juga yang lain.

Anda baca juga laporan Utara News :
Berikutan insiden kurang menyenangkan yang kini hangat diperkatakan mengenai tingkah laku beberapa peminat perempuan Melayu Islam yang terlalu teruja dengan kumpulan artis K-Pop, B1A4, pihak penganjur acara berkenaan, TGM Events tampil menjelaskan kedudukan perkara melalui laman Facebook rasmi mereka.

Berikut adalah isi kandungan penjelasan tersebut:

Kami menyedari bahawa sebahagian daripada pengisian program yang disebutkan di atas mendapat perhatian daripada pihak media.

Sebagai penganjur acara, kami berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan insiden yang berlaku melibatkan anggota kumpulan B1A4, pihak pengurusan dan yang paling utama, BANAs yang merupakan para peminat B1A4.

1) Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka.

Artis, pengurusan artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas.

2) Ia bukan sebahagian daripada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat.

Walau bagaimanapun, memandangkan ini merupakan acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin keterlibatan dan interaktiviti peminat. Sebelum acara bermula, hos acara telahpun mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi tersebut.

Mengenai klip parodi yang perlu dilakonkan semula, anggota B1A4 telah bertanya dan menjelaskan kepada peminat yang terpilih itu sama ada mereka tidak selesa dengan aktiviti berkenaan. Namun, peminat terpilih itu telah memberi kebenaran di atas pentas, di hadapan audiens.

3) Sebagai syarikat yang sebahagian besarnya diusahakan oleh wanita, kami tidak sekali-kali membenarkan perlakuan cabul atau gangguan seksual seperti yang digembar-gemburkan media.

Istilah tersebut telah digunakan di luar konteks dan adalah sangat mengecewakan bagi kami untuk melihat gaya kewartawanan yang tidak bertanggungjawab.

4) Kami tidak mendiskriminasi mana-mana peminat berdasarkan kaum atau agama mereka. Oleh sebab itu, program-program kami dirancang berseseuaian dengan minat audiens kami.

Soal menghalang peminat daripada melakukan aktiviti yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa kami.

5) Kami juga tidak melayan gangguan secara dalam talian.

Maka, kami tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat tentang peminat yang terlibat. Kami melindungi privasi mereka termasuk aspek fizikal dan psikologi.

Kami dengan ikhlas meminta maaf atas masalah yang timbul ke atas artis dan peminat disebabkan laporan ini. Pada masa akan datang, kami akan mempertimbangkan implikasi budaya dan agama dalam hal interaksi antara peminat dan artis - UtaraNews

Sebelum ini pula, kita dikejutkan dengan satu kenyataan biadap dan kurang ajar yang mencabar kesabaran umat Islam di negara ini : BACA SINI